Profil Program

Program ini diwujudkan di sekolah ini pada Disember 2009 semasa pentadbiran Tn. Haji Mahamad Haji Abdullah namun begitu bangunan untuk menempatkan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) belum lagi siap sepenuhnya.

Pada masa itu, bilangan murid pertamanya ialah 1 orang (lelaki) dan mula mendaftar pada 5 hari bulan Januari 2010. Tenaga pengajar pada masa itu juga Cuma terdapat dua orang iaitu Cik Ade Faradella dan En. Bayrei Asrin. Kini pada tahun 2013, bilangan murid pendidikan khas integrasi disekolah ini telah bertambah menjadi seramai 21 orang dan tenaga pengajar juga bertambah menjadi 3 orang yang terdiri daripada seorang guru lelaki dan dua guru perempuan. Pembantu Pengurusan Murid juga telah ditempatkan di sekolah ini seramai 2 orang.

Kemudahan fizikal pula, murid-murid khas ditempatkan di bangunan sendiri dengan  6 buah bilik iaitu 3 buah bilik untuk kelas pembelajaran, sebuah bilik mandi dan tandas, sebuah bilik dapur dan sebuah bilik fail dan data.

0 comments:

Post a Comment